
Lawatan daripada Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis ke Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

21 Zulhijjah 1446H | 18 Jun 2025
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu telah menerima lawatan daripada Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.Rombongan seramai 8 orang itu diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Amnan Wutqa (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIPs).Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu telah menjadi salah satu singgahan dalam rangka lawatan ke Kelantan dan Terengganu. Al-Fadhil Ustaz Hairul Azizi bin Mokhtar (Imam Tua Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu) mengambil peluang ini dengan memberi sesi perkongsian aktiviti pengimarahan masjid serta bertanya sebarang cadangan mahupun saranan yang boleh diambil daripada Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.Sesungguhnya kerjasama antara Masjid akan membuahkan manfaat yang tidak terhingga kepada anak mukim.
Samaada dari segi kerohanian, sosial mahupun ekonomi.