
UJIAN SYAFAWI PENYAMBUNGAN KONTRAK PEGAWAI MASJID MUKIM
Masjid Jamek Mahmoodi, Bachok

9 DISEMBER 2024 | ISNIN
Ujian Syafawi Penyambungan Kontrak Pegawai Masjid Mukim
Alhamdulillah, berakhir sudah Ujian Syafawi Penyambungan Kontrak Pegawai Masjid Mukim yang melebihi umur 60 tahun. Peserta yang terlibat pada kali ini hanyalah seorang iaitu Imam Tua dari Masjid Mukim Pak Pura. Ujian ini dilaksanakan sekali setahun sebagai langkah untuk memastikan kualiti bacaan tetap terpelihara dengan baik. Proses yang penuh berkat ini tidak hanya menilai kefasihan bacaan, tetapi juga keupayaan pegawai masjid untuk terus memberikan khidmat terbaik dalam mengimarahkan rumah Allah.
Pada kali ini, kami turut berbesar hati kerana Alfadil Ustaz Baharin Yusoff hadir sebagai panel jemputan untuk menilai dan memberikan panduan. Beliau yang terkenal dengan keilmuan dan pengalamannya telah membantu memperhalusi proses penilaian ini dengan penuh teliti dan berwibawa.
Semoga ujian ini bukan sahaja meningkatkan mutu pengimarahan masjid tetapi juga memperkukuh semangat kebersamaan dalam memperbaiki bacaan dan amalan agama di kalangan pegawai masjid. Semoga dengan langkah yang diambil ini juga dapat memudahkan segala urusan dan memberikan kekuatan untuk terus memakmurkan masjid dengan ilmu dan ibadah.
Aktiviti Lain-Lain
Lihat senarai aktiviti

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN DOA SELAMAT SEMPENA PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD YANG KE-56 TAHUN 2025 PERINGKAT NEGERI KELANTAN
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Masjid Jamek Al-Ismaili
