
Kunjungan daripada pelajar-pelajar Universiti Malaysia Kelantan ke Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

4 Zulhijjah 1446H | 1 Jun 2025
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu telah menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar Universiti Malaysia Kelantan (Dari kiri Fariq, Aiman Najmi, Fatin, Nisrina dan Maisarah) yang datang menemuramah Pemandu Pelancong Masjid, Suriati Abdul Halim.
Mereka datang untuk membuat kajian tentang sejarah, fungsi dan sumbangan Masjid Jamek Muhammadi ke atas sektor pelancongan di Negeri Kelantan selaku Masjid Negeri dan Masjid Konkrit Tertua di Negeri Kelantan yang di bina sejak tahun 1922.
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu seringkali menjadi tumpuan pelajar-pelajar Universiti untuk membuat kajian berkaitan sejarah dan juga tarikan seni bina bangunan masjid yang berkonsepkan senibina Moorish.