
MISI BANTUAN ASNAF MANGSA BANJIR DI BACHOK
Masjid Jamek Mahmoodi, Bachok

4 DIS 2024 | Misi Bantuan Asnaf Mangsa Banjir di Bachok
Dengan penuh rasa prihatin, YABrs. Dato’ Haji Mohd Anis bin Hussein, Timbalan Yang Dipertua MAIK, bersama barisan kepimpinan MAIK, telah menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kg Gunung Bachok. Dalam misi kemanusiaan ini, sumbangan berupa bakul makanan dan bantuan kewangan turut diserahkan sebagai tanda sokongan dan kasih sayang kepada mereka yang sedang diuji. Semoga sedikit sumbangan ini mampu meringankan beban, memberi sinar harapan dan kekuatan kepada mangsa banjir untuk terus tabah menghadapi dugaan ini.
Kita bersama, kita kuat, kita bangkit!
#MAIK #MasjidJamekMahmoodiBachok #Banjir2024 #Bachok #Asnaf #BantuanKemanusiaan