
Kunjungan Dr Evelyn pensyarah perubatan di Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

14 Zulkaedah 1446H | 12 Mei 2025
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu telah menerima 3 orang tetamu yang berbangsa cina (1 Warganegara Malaysia dan 2 orang lagi Warganegara China). Dr Evelyn (Berbaju Kurung Biru Turquoise) merupakan pensyarah perubatan di Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian bersama 2 orang pelajar PhD dari negara China. Dr Evelyn juga merupakan rakan sekerja isteri Imam Besar Negeri Kelantan iaitu Dr Waheeda. Dr Evelyn menyatakan hasrat untuk membawa pelajar PhD tersebut melawat ke Masjid Jamek Muhammadi ketika mereka menghadiri rumah terbuka hari raya di rumah Imam Besar Negeri Kelantan pada bulan Syawal yang lalu apabila kebetulan Pemandu Pelancong Masjid Jamek Muhammadi, Puan Suriati Abdul Halim juga turut hadir bersama di rumah Imam Besar pada hari tersebut dan menyantuni mereka dengan menceritakan tentang sambutan hari raya di dalam Islam dan juga beberapa perkara berkaitan tentang puasa dan ramadhan.Mereka berminat untuk melihat Masjid Jamek Muhammadi dengan lebih dekat memandangkan ini merupakan kali pertama bagi kedua orang pelajar PhD tersebut memasuki masjid.
Alhamdulillah turut serta menyambut dan menyantuni mereka dalam lawatan tersebut adalah Imam Besar Negeri Kelantan, Dr Haji Muhammad Hana Pizi Bin Abdullah serta Isteri dan anak-anak, Barisan Pihak Pengurusan Masjid Jamek Muhammadi di ketuai oleh Imam Tua, Ustaz Hairul Azizi Bin Mokhtar dan juga Imam Tua 2, Ustaz Nik Mohd Afif Azhan Bin Nik Mohd Naidi.
Mereka di berikan lawatan berpandu (masjid guided tour) oleh Puan Suriati Abdul Halim selaku Pemandu Pelancong Masjid dan di beri penerangan tentang masjid dan juga Islam termasuklah demonstrasi cara melakukan solat di lakukan oleh anakanda kepada Imam Besar Negeri Kelantan iaitu adik Umar di samping di beri penerangan terperinci oleh Puan Suriati.
Kami bagi pihak Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu berharap lawatan ini tidak berakhir di sini, semoga selepas ini akan ada lagi lawatan susulan daripada mereka dengan membawa kenalan mereka yang lain untuk berkunjung ke Masjid Jamek Muhammadi dan menyertai program-program yang kami adakan terutamanya program yang melibatkan Orang Bukan Islam di Masjid Jamek Muhammadi.
Semoga mereka di berikan hidayah dan di berikan pemahaman tentang Islam dengan lebih baik lagi selepas ini. Amiin.