
Majlis Pelancaran "Program Murajaah Hafazan Al-Quran" oleh Al-Fadhil Imam Besar negeri Kelantan, Ustaz Dr. Muhamad Hana Pizi bin Abdullah
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

Buat julung kalinya Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan akan menganjurkan "Program Murajaah Hafazan Al-Quran" bermula bulan Mei 2025 sehingga bulan April 2026.
Program ini akan diadakan di 35 buah masjid di seluruh Negeri Kelantan dan melibatkan seramai 170 pembimbing & peserta.Sesi pelancaran program telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Al-Fadhil Imam Besar Negeri Kelantan dan telah dihadiri oleh para pembimbing serta peserta program tersebut. Program ini adalah lanjutan daripada Program Insentif Huffaz yang telah diadakan pada Januari baru-baru ini yang bertujuan menghidupkan Budaya Murajaah Hafazan Al-Quran dikalangan Penghafaz Al-Quran & jugak memberi galakkan kepada mereka.