
Krusus Pemandu Pelancong Masjid atau Masjid Tour Guide Program (MTGP) kepada sukarelawan-sukarelawan MTGP.
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

Alhamdulillah hari ini, 22 April 2025 hingga 24 April 2025 berlangsungnya Kursus Pemandu Pelancong Masjid atau Masjid Tour Guide Program (MTGP) kepada sukarelawan-sukarelawan MTGP. Kursus ini di rasmikan oleh Imam Tua I Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu, Al-Fadhil Ustaz Hj. Hairul Azizi Bin Mokhtar. Masjid Tour Guide Program Masjid Jamek Muhammadi di jalankan di bawah kerjasama Islamic Outreach ABIM Centre, Masjid Jamek Muhammadi dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).Program ini bertujuan untuk menyampaikan imput atau informasi tentang Masjid dan Islam kepada pelawat dan pelancong terutamanya yang bukan beragama Islam.Antara program tahunan yang di jalankan di bawah Program Masjid Tour Guide adalah Program Mahabbah iaitu program bersama orang bukan Islam di bulan Ramadhan.