Lawatan dari Sekolah Penang Waldorf Education, Penang ke Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (masjid negeri)

Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

#
Rabu, 23-April-2025, 10:00 pagi
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu

23 APRIL 2025/24 SYAWAL 1446H

Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu telah menerima lawatan dari 35 orang pelajar Penang Waldorf Education (sekolah swasta), Pulau Pinang yang bersama-sama dengan 12 orang dewasa iaitu guru-guru dan ibu bapa pelajar serta Pemandu Pelancong Kota Bharu, Encik Zafrani Arifin. Alhamdulillah mereka di beri lawatan berpandu oleh Pemandu Pelancong Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid Negeri Kelantan) iaitu Puan Suriati Binti Abdul Halim yang memberikan penerangan berkenaan dengan Masjid dan Islam. Pelajar juga di beri penerangan tentang azan, cara mengambil wuduk dan solat oleh sukarelawan Masjid Tour Guide.Pelajar juga turut diberikan tugasan oleh guru-guru mereka untuk melukis Mimbar Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu.Alhamdulillah, Imam Tua I Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu, Ustaz Hj. Hairul Azizi Bin Mokhtar juga turut serta meraikan kehadiran mereka.

Sebagai ucapan terima kasih kepada Imam Tua, mereka menyampaikan lagu 'Eh Wau Bulan' dan lagu hari raya sebelum mengakhiri lawatan mereka di masjid ini.

Top