
HARI RAYA AIDIL FITRI 1446.
Masjid Jamek Ibrahimi, Pasir Puteh

Isnin, 31 mac 2025. Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu perayaan terbesar bagi umat Islam yang menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Sambutan ini diraikan dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Kehadiran jemaah sekitar 2000 orang memenuhi ruangan masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dan saling bermaaf-maafan, memohon keampunan atas segala kesilapan. Majlis sambutan Aidil Fitri diadakan setiap tahun dengan menyediakan pelbagai juadah untuk santapan para jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidil Fitri. Selain itu pagi raya dimeriahkan dengan pemberian duit raya kepada kanak-kanak menambah keceriaan suasana. Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja merapatkan hubungan silaturahim tetapi juga mengingatkan umat Islam tentang pentingnya kesyukuran dan kemaafan.