Bacaan Al-Mulk selepas Solat Isya' di Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu

Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

#
Selasa, 8-April-2025, 8:00 pagi
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu

Salah satu daripada pengisian aktiviti harian bersama jemaah Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu ialah bacaan Surah Al-Mulk selepas solat Isyak. Bacaan Surah Al-Mulk selepas solat Isyak ini telah disambung bacaannya pada waktu Isyak 6 April 2025 (Ahad) setelah ditangguhkan untuk memberi laluan kepada Program Ihya Ramadhan untuk tahun 1446H/2025.


Di antara kelebihan membaca Surah Al-Mulk ialah :


1.Diampuni dosa

Sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W ,“Sesungguhnya terdapat satu surah dalam Al-Quran yang mengandungi 30 ayat, ia memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diampunkan dosanya, iaitu Surah Tabaarak Allazi Biyadihil Mulk (Surah Al-Mulk).”Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmizi, dan Ibnu Majah.


2.Mendapat perlindungan daripada azab kubur.

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Barangsiapa membaca surah Tabaarak Allazi Biyadihil Mulk (Surah Al-Mulk) pada setiap malam, maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Hakim.


3. Mendapat syafaat pada hari kiamat

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Surah Al-Mulk akan datang pada hari kiamat dan memberi syafaat kepada pembacanya sehingga dia dimasukkan ke dalam syurga.”


4. Memperolehi ketenangan dan keberkatan

Membaca Surah Al-Mulk secara konsisten dapat memberikan ketenangan jiwa dan keberkatan dalam kehidupan seharian, sebagaimana dinyatakan dalam hadis riwayat Ibnu Majah, “Siapa yang membaca Surah Al-Mulk setiap malam, Allah akan memberikan keberkatan kepadanya.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam kitab “Sunan Ibn Majah”.

Top