Sumbangan Bantuan Bencana Banjir di PPS Masjid Mukim Pulau, Kubang Kerian

Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian

#
Sabtu, 30-November-2024, 12:00 tengah hari
PPS Masjid Mukim Pulau, Kubang Kerian

SABTU, 30 NOVEMBER 2024 || Alhamdulillah pihak Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian turut sama mengambil bahagian dalam misi menyampaikan sumbangan bantuan bencana banjir berbentuk keperluan asas makanan di Pusat Pemindahan Sementara PPS Masjid Mukim Pulau, Kubang Kerian yang menempatkan hampir 300 orang.


Masjid Mukim Pulau merupakan satu-satunya Masjid di Zon Kubang Kerian yang dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara bagi merekaΒ² terkesan dengan banjir.


Semoga dengan sumbangan yang disampaikan dapat meringankan sedikit sebanyak kesusahan yang dialami mereka yang terpaksa berpindah dan ditempatkan di PPS Masjid Mukim Pulau.


Terima kasih kepada para penyumbang! Jazaakumullahu khaira.

Top