Program Tanwir di Masjid Al-Hijrah, Taman Agropolitan, Mukim Rantau Manis, Gua Musang

Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian

#
Sabtu, 9-November-2024, 7:00 pagi
Masjid Al-Hijrah, Taman Agropolitan ,Mukim Rantau Manis, Gua Musang

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐓𝐀𝐍𝐖𝐈𝐑 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧 (𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐨𝐫 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐞) 𝐝𝐢 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐀𝐥-𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡, 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐫𝐨𝐩𝐨𝐥𝐢𝐭𝐚𝐧, 𝐌𝐮𝐤𝐢𝐦 𝐑𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮 𝐌𝐚𝐧𝐢𝐬, 𝐆𝐮𝐚 𝐌𝐮𝐬𝐚𝐧𝐠. SABTU, 9 NOVEMBER 2024 – Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian telah mengadakan Program TANWIR Masjid Negeri Kelantan (Program Mentor Mentee) di Masjid Al-Hijrah, Taman Agropolitan, Mukim Rantau Manis, Gua Musang. Program Tanwir adalah kesinambungan program penarafan masjid yang mana ia menjadi sebahagian daripada usaha MAIK untuk membantu masjid-masjid dalam memberikan bimbingan dan panduan dalam menguruskan masjid secara berkesan dan berjaya. Tanwir yang bermaksud memberikan cahaya, merupakan suatu elemen pencerahan bagi suatu masa dan kawasan yang malap ke arah kecemerlangan dan kejayaan.

Top