
Program Tanwir
Masjid Jamek Sultan Yahya Petra, Machang

Alhamdulillah, pada 11 Oktober 2024 bersamaan dengan 7 Rabiul Akhir, Jumaat yang lepas pihak Masjid Jamek Sultan Yahya Petra Machang dengan kerjasama Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Mukim Pos Tuel dan Masjid Jamek Long Tan, Lojing telah mengadakan Program Tautan Ukhuwah Masyarakat Pos Tuel Lojing, Gua Musang.
Program ini merupakan salah 1 program yang dirancang bersama yang melibatkan kerjasama Masjid Mentor dan Mentee bagi pelaksanaan Program Tanwir.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dan para penyumbang serta dermawan yang menyumbang bagi menjayakan program ini.
Semoga dengan adanya program sebegini dapat mengeratkan hubungan dua hala diantara masjid mentor dan mentee seterusnya dapat bertukar idea dalam pengurusan dan pengimarahan masjid.
#MengimarahkanMasjidKewajipanKitaBersama
#JomImarahMasjid