SUMBANGAN ASNAF
Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian
Terima kasih Tadika Dzul Iman atas sumbangan barangan keperluan dan juga sumbangan duit raya kepada yang memerlukan. Sumbangan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Hafizi bin Ramli (Imam Tua, Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian). Semoga dengan sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat menampung keperluan dan perbelanjaan untuk persiapan menyambut Aidilfitri nanti.
Terima kasih juga atas kerjasama yang diadakan bersama pihak Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.
Didoakan agar pihak pengurusan, Cikgu-cikgu, Ustazah-ustazah dan anak-anak para pelajar Tadika Dzul Iman dipermudahkan segala urusan serta sentiasa dalam kerahmatan, keberkahan dan ri'ayah lindungan jagaan Allah. Aameen ![]()
Jazakumullahu khaira.
Aktiviti Lain-Lain
Lihat senarai aktiviti
Sekitar kemeriahan Program Buka Puasa sempena Hari Arafah di Dataran Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)