PROGRAM TAFAKKUR AL-QURAN DAN AGIHAN BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIK
Masjid Jamek Mahmoodi, Bachok
PROGRAM TAFAKKUR AL-QURAN DAN AGIHAN BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIK
20 Mac 2025 (Khamis) β Masjid Jamek Mahmoodi Bachok mewakili MAIK melaksanakan Program Tafakkur Al-Quran yang melibatkan Seluruh Pegawai Masjid Mukim di Jajahan Bachok (62 Mukim). Program ini disempurnakan oleh dua penceramah iaitu penceramah pertama disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Wan Mohd Fikri Bin Wan Sani, Imam Tua Masjid Jamek Mahmoodi Bachok dan penceramah kedua disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohammad Fakhrul Shafikh Bin Mohd Zabidi, Imam Muda Masjid Jamek Mahmoodi Bachok. Program ini bertujuan mendalami dan merenungi maksud serta hikmah yang terkandung dalam Al-Quran, seterusnya memperkukuhkan pemahaman dan penghayatan terhadap ajaran Islam. Susulan daripada program ini Penyerahan Bantuan Persekolahan MAIK Bagi Tahun 2025 turut diagihkan.
Aktiviti Lain-Lain
Lihat senarai aktiviti
π£ππ₯ππ¨π π£πππ‘ ππ ππ π ππ¦πππ π π¨πππ ππππ ππ-π― & π§πππππ ππ§ πππ‘π ππͺππ ππππ§π¨ππ ππ π πππ