
Sorotan sepanjang Kem Aulad 2.0
Masjid Jamek Al-Nur Guchil, Kuala Krai

Alhamdulillah kenangan hari penutup kem cuti sekolah 2025.
Moga program tahunan ni dapat diteruskan pada masa akan datang dengan Inayah dan izin Allah dalam melahirkan generasi Soleh yang berjaya dunia dan akhirat.
Alhamdulillah selesai mengendalikan Kem Aulad 2.0 di Masjid Jamek Al-Nur Guchil, Kuala Krai. Program yang dirancang dlm tempoh yang singkat ini berjaya dilaksanakan.
Pelbagai respon positif yang sy dapat drpd para ibubapa. Ada ibubapa minta untuk diteruskan program ini untuk seminggu. Ada yang minta program ini diteruskan pada masa akan datang. Ada juga peserta yang berusia 8 tahun bgtau nak datang lagi esok (sedangkan hari ni dah tamat program).
Terima kasih atas kepercayaan ibubapa sekalian.
InshaAllah, kalau ada rezeki kita jumpa lagi. Terima kasih Masjid Jamek Al-Nur Guchil atas kolaborasi ini.
- Mohd Faris bin Maimun