Majlis Khatam Al-Quran

Masjid Jamek Sultan Yahya Petra, Machang

#
Rabu, 9-Oktober-2024, 7:00 malam
Masjid Jamek Sultan Yahya Petra Machang

Alhamdulillah, Masjid Jamek Sultan Yahya Petra Machang telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran pada Rabu, 9 Oktober 2024 bersamaan 6 Rabiulakhir 1446H.


Majlis ini diketuai oleh Al Fadhil Imam Tua, Ustaz Ahmad Sofwan Bin Mohamed Nazir bersama Imam dan bilal MJSYPM bermula Surah Ad-dhuha sehingga surah An-Nas dan disudahi dengan bacaan doa Majlis Khatam Al-Quran.


Terima Kasih kepada para jemaah dan hadirin yang hadir bersama dalam majlis ini.


Semoga dengan adanya majlis seperti ini dapat memotivasikan kita semua untuk terus istiqomah membaca Al-Quran dan mudah mudahan Al-Quran menjadi syafaat kepada kita semua di akhirat kelak.


#MengimarahkanMasjidKewajipanKitaBersama

#CintaiMasjidKita

#GengMasjidMjsypm

Top