Penyerahaan Bantuan Mangsa kebakaran Kg. Gok Kapor di Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)
22 Safar 1448H | 6 Ogos 2026
Mangsa kebakaran Kg. Gok Kapor telah hadir untuk menerima sumbangan hari ini.
1000 bungkus nasi serta air yang segera disalurkan sejurus setelah kebakaran adalah tindakan pertama tanda cakna oleh MAIK melalui pihak Masjid.Inisiatif tersebut digerakkan bersama oleh Imam Masjid Jamek Muhammadi dan Imam Masjid Mukim Banggol.Hari ini setiap wakil isi rumah menerima sumbangan sebanyak RM13,000.00 Dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM354,900.00 (27 orang Penerima) hasil kutipan telah diuruskan oleh kedua-dua Masjid.Segala syukur kepada Allah apabila Masjid terus menjadi entiti harapan masyarakat.Kita semua bekerjasama mengumpulkan sumbangan, inilah terjemahan sokongan daripada masyarakat yang bermula dari atas hingga ke bawah.