KEJOHANAN FUTSAL U12:IKHWAN MASJID

Masjid Jamek Ismaili Jajahan Tumpat

#
Isnin, 6-Julai-2026, 9:00 pagi
MASJID JAMEK ISMAILI JAJAHAN TUMPAT

Satu pencapaian yang amat membanggakan! Pasukan futsal IKHWAN MAIK @ IKHWAN MASJID JAMEK ISMAILI JAJAHAN TUMPAT (Bawah 12 Tahun) telah membuktikan bahawa ubi muda Tumpat bukan biasa-biasa! 😎

Dalam saingan sengit Karnival Futsal Hidup Bola yang mempertemukan sebanyak 48 kumpulan futsal yang hebat-hebat, anak-anak perkasa kita berjaya menempuh segala cabaran dan MENDUDUKI TEMPAT KE-3! 🏆✨

Keputusan mantap ini sekaligus melayakkan pasukan kita untuk terbang tinggi membawa nama Kelantan ke GRAND FINAL DI GOMBAK, SELANGOR! 🏟️🚘

Di Sebalik Tabir Kejayaan 🎇

Kejayaan manis ini tidak akan hadir tanpa kerja keras, disiplin, dan doa semua pihak. Jutaan terima kasih dan syabas diucapkan kepada:

⭐Mars Futsal Team – Atas seliaan, bimbingan taktik, dan asuhan yang mantap kepada sang juara muda kita.

⭐Ustaz Mustaqim & Barisan Urusetia – Yang sentiasa memastikan kebajikan, kelancaran, dan suntikan rohani anak-anak ini sentiasa di tahap terbaik.

⭐Pihak pengurusan Masjid Jamek Ismaili Jajahan Tumpat, MAIK, serta ibu bapa yang tidak putus-putus memberi sokongan padu!

Top