FORUM PERDANA HIJRATUL RASUL 2026
Masjid Jamek Ismaili Jajahan Tumpat
Majlis dimulakan dengan Iftar Puasa Sunat Asyura, diikuti solat Maghrib berjemaah sebelum diteruskan dengan Forum Perdana yang menyentuh penghayatan hijrah Rasulullah SAW sebagai panduan membentuk generasi Muslim yang berilmu, berakhlak dan berintegriti.
Turut disampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1448H/2026M kepada Tuan Haji Abd Rahman bin Abd Kadir sebagai penghargaan atas jasa, komitmen dan sumbangan beliau kepada pembangunan masjid dan ummah.
Majlis juga meraikan Anugerah Pelajar Terbaik STPM Peringkat Kebangsaan 2025 kepada Siti Maisarah binti Yahya Lotfi atas kecemerlangan yang membanggakan serta menjadi inspirasi kepada generasi muda.
Anugerah disampaikn oleh Imam Tua,Al Fahdil Ustaz Sabri kepada wakil penerima anugerah kerana tidak dapat hadir atas faktor yang tidak dapat dielakkan.