Program Tadarus & Khatam Al-Quran bersama rombongan Mahabbah Al-Quran Pahang
Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Tadarus & Khatam Al-Quran bersama rombongan Mahabbah Al-Quran Pahang di Masjid Jamek Razaleigh.
Program yang berlangsung dalam suasana penuh khusyuk ini diisi dengan sesi tadarus Al-Quran, majlis khatam, doa khatam serta tazkirah yang memberi manfaat kepada para peserta dan jemaah yang hadir.
Semoga segala bacaan, doa dan perkongsian ilmu menjadi asbab keberkatan, mengukuhkan ukhuwah serta meningkatkan kecintaan kita semua terhadap Al-Quran.
Pihak Masjid Jamek Razaleigh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mahabbah Al-Quran Pahang, para asatizah, para peserta, jawatankuasa, petugas serta semua yang telah hadir dan bersama-sama menjayakan program ini.
Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan kita dan mempertemukan kita lagi dalam majlis-majlis ilmu yang akan datang.