𝐋𝐞𝐧𝐬𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 | 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦 𝐅𝐢𝐭𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐌𝐮𝐫𝐢𝐝 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢 (𝐊𝐄𝐌 𝐅𝐈𝐊𝐀) 𝟐𝟎𝟐𝟔

Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang

#
Rabu, 8-Julai-2026, 8:00 pagi
Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang

Alhamdulillah, pada 8 Julai 2026 (Rabu) telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian dan Penutupan Kem Fitrah Kasih Murid Orang Asli (KEM FIKA) 2026 Peringkat Daerah Gua Musang bertempat di Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang.

Program anjuran Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang ini menghimpunkan murid-murid Orang Asli dalam usaha menyemai nilai-nilai Islam, membentuk sahsiah terpuji serta mengeratkan ukhuwah melalui pelbagai aktiviti kerohanian dan pembelajaran yang bermanfaat.

Pihak Masjid Jamek Razaleigh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Unit Pendidikan Islam PPD Gua Musang, para guru, fasilitator, urus setia serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi asbab lahirnya generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT.

Top