Program Forum Wanita: Setanggi Syurga

Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang

#
Sabtu, 4-Julai-2026, 8:00 pagi
Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang

Alhamdulillah, Program Forum Wanita: Setanggi Syurga telah berlangsung dengan jayanya. 🌸

Program ini bukan sahaja memberi pengisian ilmu yang bermanfaat, malah turut menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk masyarakat, antaranya:

🩺 Pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Primer Cherang.

🩸 Kempen derma darah oleh Unit Derma Darah Hospital Besar Kuala Krai.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini, khususnya para penceramah, petugas, sukarelawan, agensi yang terlibat serta seluruh peserta yang hadir memberikan sokongan.

Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi amal soleh yang diterima Allah SWT serta memberi manfaat kepada seluruh masyarakat.

Terima kasih. Semoga kita bertemu lagi dalam program-program yang akan datang.

Top