π‘³π’‚π’˜π’‚π’•π’‚π’ 𝑷𝒆𝒏𝒂𝒏𝒅𝒂 𝑨𝒓𝒂𝒔 π‘«π’‚π’“π’Š π‘΄π’‚π’”π’‹π’Šπ’… 𝑺𝒖𝒍𝒕𝒂𝒏 π‘°π’…π’“π’Šπ’” 𝑺𝒉𝒂𝒉 π‘΄π’‚π’”π’‹π’Šπ’… 𝑺𝒖𝒍𝒕𝒂𝒏 π‘°π’…π’“π’Šπ’” 𝑺𝒉𝒂𝒉 𝑰𝑰 (π‘΄π’‚π’”π’‹π’Šπ’… π‘΅π’†π’ˆπ’†π’“π’Š π‘·π’†π’“π’‚π’Œ

Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang

#
Ahad, 28-Jun-2026, 8:00 pagi
Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang

Lensa Lawatan Penanda Aras

Alhamdulillah, Masjid Jamek Razaleigh berbesar hati menerima kunjungan delegasi Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak) dalam sesi Lawatan Penanda Aras.

Lawatan ini menjadi platform untuk berkongsi pengalaman, bertukar pandangan serta memperkukuhkan hubungan silaturahim antara institusi masjid dalam usaha memperkasakan pengurusan dan pengimarahan masjid.

Pihak Masjid Jamek Razaleigh turut berkongsi mengenai pengurusan pentadbiran, program-program pengimarahan, aktiviti kemasyarakatan serta inisiatif yang dilaksanakan bagi memakmurkan masjid sebagai pusat ibadah dan pembangunan ummah.

Semoga pertemuan ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak serta menjadi titik tolak kepada jalinan kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh delegasi Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak) atas kesudian memilih Masjid Jamek Razaleigh sebagai destinasi lawatan penanda aras.

Jazakumullahu khairan kathira.

Top