Ziarah Kasih

Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang

#
Khamis, 11-Jun-2026, 11:00 pagi
rumah kediaman pesakit

Program Ziarah Kasih telah dilaksanakan oleh pihak Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang sebagai tanda keprihatinan dan sokongan. Lawatan tersebut telah diketuai oleh Imam Tua Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang, bersama rombongan pihak masjid untuk menziarahi Ust. Saiful Mohd Saifuldin bin Mohamed, yang merupakan salah seorang penceramah dan pengkuliah mingguan di masjid ini serta kini sedang diuji dengan penyakit kanser tulang. Dalam kunjungan tersebut, pihak masjid turut menyampaikan sumbangan. Pihak masjid mendoakan agar beliau diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini serta dikurniakan kesembuhan yang segera dan sempurna oleh Allah SWT. Semoga Program Ziarah Kasih ini dapat terus menyemarakkan semangat ukhuwah Islamiah, kasih sayang dan keprihatinan dalam kalangan warga kariah dan masyarakat setempat.

Top