PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA
Masjid Jamek Annur Guchil, Kuala Krai
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Program Kacau Bubur Asyura telah berjaya dilaksanakan di Masjid Jamek Annur Guchil dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid, sukarelawan serta penduduk setempat. Program ini bertujuan menghidupkan amalan gotong-royong, mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat serta memupuk semangat bekerjasama.
Program dimulakan pada sebelah pagi dengan penyediaan bahan-bahan masakan, diikuti aktiviti mengacau bubur asyura secara bergilir-gilir oleh para peserta. Setelah bubur siap dimasak, ia diagihkan kepada para jemaah, penduduk kampung dan pihak-pihak yang hadir sebagai tanda perkongsian rezeki serta semangat kebersamaan.
Secara keseluruhannya, program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak telah memastikan perjalanan program berlangsung dengan lancar, teratur dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi mengukuhkan hubungan ukhwah serta menyemarakkan syiar Islam di Masjid Jamek Annur Guchil.