PROGRAM HIJRATUL RASUL & JELAJAH SYARIAH LIFE 2026

Masjid Jamek Annur Guchil, Kuala Krai

#
Khamis, 25-Jun-2026, 7:00 malam
KUALA KRAI

Program Hijratul Rasul & Jelajah Syariah Life 2026 telah berjaya dilaksanakan di Masjid Jamek Annur Guchil dengan kerjasama pihak masjid dan Syariah Life. Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai pengurusan kewangan dan perancangan harta secara patuh syariah, di samping menghayati semangat hijrah dalam membentuk kehidupan yang lebih sejahtera.


Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti sesi ceramah, perkongsian ilmu, dan penerangan berkaitan kepentingan hibah, wasiat, faraid serta perancangan harta mengikut syariat Islam. Sambutan yang diterima daripada ahli kariah amat menggalakkan, dengan penyertaan yang aktif serta interaksi yang baik sepanjang sesi berlangsung.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek An-Nur Guchil atas segala kerjasama, sokongan, kemudahan, dan layanan yang diberikan sehingga program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.


Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi memperkasa penyebaran ilmu, meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan perancangan harta secara syariah, serta melahirkan komuniti yang lebih berilmu, berwawasan, dan diberkati Allah SWT.

Top