MUNAJAT ARAFAH

Masjid Jamek Annur Guchil, Kuala Krai

#
Selasa, 26-Mei-2026, 7:00 pagi
KUALA KRAI

Alhamdulillah, Program Munajat Arafah telah berjaya dilaksanakan di Masjid Jamek Annur Guchil dengan kehadiran para jemaah yang memberikan sambutan yang amat menggalakkan. Program ini telah disampaikan oleh Dr. Azmi bin Yaacob, yang menyampaikan pengisian berkaitan kelebihan Hari Arafah, kepentingan memperbanyakkan doa, zikir, istighfar serta amalan-amalan yang dianjurkan pada hari yang penuh keberkatan tersebut.


Sepanjang program berlangsung, para peserta mengikuti sesi ceramah dengan penuh perhatian dan seterusnya menyertai sesi munajat yang dipimpin bagi memohon keampunan, rahmat, keberkatan serta kesejahteraan umat Islam. Program ini turut menjadi wadah untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan jemaah terhadap keistimewaan Hari Arafah serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat setempat.


Secara keseluruhannya, Program Munajat Arafah telah mencapai objektif yang dirancang dan berjalan dengan lancar hasil kerjasama pihak pengurusan Masjid Jamek An-Nur Guchil, para petugas serta semua jemaah yang hadir. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai salah satu usaha memperkukuh penghayatan agama dalam kalangan masyarakat.

Top