𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗔 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗔 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛

Masjid Jamek Mahmoodi, Bachok

#
Selasa, 16-Jun-2026, 7:20 malam
Masjid Jamek Mahmoodi, Bachok

𝟭𝟲 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗦𝗔

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗔 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗔 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛


Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun 1447H dan Doa Awal Tahun 1448H di Masjid Jamek Mahmoodi Bachok. Program yang bermula sebelum Solat Maghrib ini dimulakan dengan bacaan Doa Akhir Tahun 1447H, diikuti bacaan Doa Awal Tahun 1448H, dan diteruskan dengan bacaan Surah Yasin secara berjemaah. Majlis ini menjadi wadah untuk bermuhasabah atas perjalanan tahun yang telah berlalu serta memohon keampunan, rahmat dan keberkatan Allah SWT dalam menempuh tahun baharu Hijrah. Selesai Solat Isyak, para jemaah menikmati jamuan ringan yang disediakan oleh pihak masjid dalam suasana penuh ukhwah dan kemesraan.


Pihak masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jemaah yang hadir serta mereka yang telah menyumbang tenaga dan usaha dalam menjayakan program ini. Semoga segala amal kebajikan dan sumbangan yang diberikan diterima serta diberkati oleh Allah SWT.


#maik #masjidjamekmahmoodibachok #SalamMaalHijrah1448H #AwalMuharram1448H #masjidbachok #doaakhirdanawaltahun

Top