𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗘𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗕𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠
Masjid Jamek Mahmoodi, Bachok
𝟴 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗜𝗦𝗡𝗜𝗡
𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗘𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗕𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠
Lawatan Panel Penilai Pertandingan Tanah Perkuburan Islam ke Tanah Perkuburan Islam Mukim Sesenak Tawang yang mewakili Jajahan Bachok. Lawatan ini bertujuan menilai aspek pengurusan, penyelenggaraan, kebersihan dan keceriaan tanah perkuburan dalam usaha memperkasakan pengurusan tanah perkuburan Islam yang lebih tersusun, terurus dan terpelihara. Turut bersama alfadhil Ust Wan Mohd Fikri Wan Sani Imam Tua Masjid Jamek Mahmoodi Bachok dan alfadhil Ust Che Soh bin Che Husin Imam Tua Masjid Mukim Sesenak serta ajk. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama serta komitmen yang diberikan.
#TanahPerkuburanIslam #maik #masjidjamekmahmoodibachok #mukimsesenak