Pertandingan Sempena Hari Nuzul Al-Quran 1447H/2026 Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra Gua Musang

Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang

#
Sabtu, 7-Mac-2026, 8:00 pagi
Masjid Jamek Tengku Muhammad Faiz Petra Gua Musang

Telah berlangsung dengan jayanya Pertandingan Sempena Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Masjid Jamek Faiz, Gua Musang yang melibatkan penyertaan daripada pelbagai peringkat umur iaitu kategori kanak-kanak, remaja dan ibu bapa. Program ini bertujuan memeriahkan sambutan Nuzul Al-Quran serta menggalakkan masyarakat mendekati Masjid.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan membuktikan bahawa program sebegini mampu menghidupkan suasana masjid serta menyemarakkan semangat ukhuwah dalam kalangan masyarakat. Diharapkan pertandingan ini dapat menjadi pencetus semangat kepada generasi muda dan ibu bapa untuk terus mengimarahkan masjid.

Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memakmurkan masjid dan melahirkan masyarakat yang cintakan Masjid.

Top