𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐊𝐡𝐚𝐭𝐚𝐦 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 & 𝐒𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐒𝐮𝐧𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐬𝐛𝐢𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐇𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐈𝐛𝐮-𝐈𝐛𝐮 𝐆𝐚𝐥𝐚𝐬
PEKA
Sab, 22-Mac-2025
Masjid Jamek Annur Guchil, Kuala Krai
Program Munajat Perdana telah berjaya diadakan di Masjid Jamek Annur Guchil dengan penglibatan ahli kariah dan penduduk setempat. Program ini bertujuan mengimarahkan masjid serta memupuk semangat ukhuwah melalui pengisian kerohanian dan ibadah secara berjemaah.
Antara pengisian utama program ialah bacaan Yasin, tahlil, munajat, solat hajat dan doa selamat yang telah berlangsung dengan lancar serta penuh penghayatan. Program ini diharap dapat memberi manfaat kepada para jemaah serta menjadi medium dalam memperkukuhkan hubungan masyarakat dan meningkatkan amalan kerohanian