Majlis Sambutan Hari Raya Kelas Mengaji Cilik Masjid Jamek Razaleigh bagi tahun 2026 dalam suasana yang penuh keberkatan dan kegembiraan.

Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang

#
Rabu, 15-April-2026, 7:00 malam
Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, kita dapat bersama-sama menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Kelas Mengaji Cilik Masjid Jamek Razaleigh bagi tahun 2026 dalam suasana yang penuh keberkatan dan kegembiraan.

Pihak masjid ingin merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran atas perkembangan yang amat memberangsangkan bagi kelas mengaji cilik ini. Bermula dengan hanya tiga (3) kelas, kini telah berkembang kepada lima (5) kelas. Perkembangan ini jelas menunjukkan peningkatan minat serta komitmen ibu bapa dan anak-anak dalam mendalami ilmu Al-Quran serta mengimarahkan rumah Allah.

Pihak masjid juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang telah membawa juadah secara potluck bagi memeriahkan majlis ini. Tidak dilupakan juga penghargaan kepada hamba Allah yang murah rezeki atas sumbangan duit raya kepada para pelajar.

Semoga usaha yang kecil ini menjadi asbab lahirnya generasi yang celik Al-Quran, berakhlak mulia serta sentiasa dekat dengan rumah Allah. Sabda Rasulullah SAW:

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”

Pihak masjid turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada para guru, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan padu dalam menjayakan kelas ini.

Akhir kata, semoga majlis yang diadakan ini dapat mengeratkan ukhuwah serta menyemai rasa kasih sayang dalam kalangan anak-anak dan masyarakat setempat.

Sekian, terima kasih.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

#imarahmasjid #Masjidmekkah #SyawalBerkat

#KelasNgajicilik2026 #kongsirezeki #kongsirasa #kongsikegembiraan

Top