KULIAH MAGHRIB JEMPUTAN (USTAZ MUHAMMAD MUIZ YAHYA ABDULLAH YEO)
Masjid Jamek D’Raja Long Yunus, Langgar
📸 LENSA KULIAH MAGHRIB JEMPUTAN
Alhamdulillah, telah berlangsung Kuliah Maghrib Jemputan bertajuk “Apa Ertinya Saya Mengikuti Islam” pada 10 April 2026 (Jumaat) bersamaan 21 Syawal 1447H di Masjid Jamek D’Raja Long Yunus, Langgar.
Kuliah telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Mujz Yahya Abdullah Yeo dengan pengisian yang sangat bermakna, khususnya dalam memahami hakikat sebenar penghayatan Islam dalam kehidupan seharian.
Majlis berlangsung dengan suasana yang penuh keberkatan dan mendapat sambutan yang baik daripada para jemaah.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penceramah dan semua yang hadir memeriahkan majlis ilmu ini.
✨ Semoga kita semua terus istiqamah dalam menuntut ilmu dan mengamalkan ajaran Islam dengan sebaiknya.