MAJLIS JALINAN UKHUWAH & JAMUAN HARI RAYA MASJID JAMEK D’RAJA LONG YUNUS LANGGAR
Masjid Jamek D’Raja Long Yunus, Langgar
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh meriah Majlis Jalinan Ukhuwah & Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat Masjid Jamek D’Raja Long Yunus, Langgar dengan kehadiran para jemaah dan tetamu yang amat memberangsangkan.
Suasana penuh kemesraan jelas terpancar apabila para hadirin berpeluang beramah mesra, mengeratkan silaturrahim serta menikmati juadah yang disediakan bersama-sama dalam suasana penuh keberkatan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak khususnya Ahli Jawatankuasa, sukarelawan serta para penyumbang yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini dengan jayanya.
Semoga majlis seperti ini terus menjadi medium dalam memperkukuhkan ukhuwah dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.