Lawatan pelajar-pelajar dan Guru dari SMK Lubok Cina, Melaka ke Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid Negeri Kelantan)

Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

#
Rabu, 29-April-2026, 7:00 pagi
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)

Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu telah menerima kunjungan daripada SMK Lubok Cina, Melaka seramai 85 orang pelajar serta guru pengiring.Mereka telah hadir seawal waktu Subuh lagi. Al-Fadhil Ustaz Hairul Azizi bin Mokhtar selaku Imam Tua turut hadir menyambut dan bergambar bersama dengan posing berdoa. Sebelum mengakhiri lawatan, Pihak Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu telah menghidangkan sarapan pagi buat mereka.

Top