Bantuan Tunai Kepada Mangsa Ribut
Masjid Jamek Sultan Muhammad I, Jeli.
Alhamdulillah, pada pagi hari ini 𝐘𝐀𝐁𝐫𝐬. 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐃𝐎 (𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐉𝐚𝐣𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐉𝐞𝐥𝐢) merangkap Pengerusi Masjid Jamek Sultan Muhammad 1 Jeli, bersama 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐝𝐡𝐢𝐥 𝐈𝐦𝐚𝐦 𝐓𝐮𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐉𝐚𝐦𝐞𝐤 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝟏 𝐉𝐞𝐥𝐢 yang mewakili 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐝𝐚𝐭 𝐈𝐬𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐲𝐮 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐭𝐚𝐧 (𝐌𝐀𝐈𝐊) telah turun bersama melawat bagi menyampaikan bantuan tunai segera dari MAIK kepada 5 buah rumah yang dilanda ribut pada petang kelmarin iaitu di kawasan Mukim Berdang, Jeli.
Turut hadir bersama menyampaikan bantuan kecemasan ini ialah 𝐘𝐁 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐚𝐫𝐮𝐝𝐢𝐧 𝐁𝐢𝐧 𝐌𝐝 𝐍𝐨𝐫, 𝐀𝐝𝐮𝐧 𝐀𝐲𝐞𝐫 𝐋𝐚𝐧𝐚𝐬 beserta rombongan dari Pejabat Tanah & Jajahan Jeli serta Pusat Khidmat DUN Air Lanas.
Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung serta menjadi penguat semangat kepada mangsa dalam menghadapi ujian ini.
Terima kasih diucapkan kepada Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), dan semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan usaha murni ini.