𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐀𝐬𝐧𝐚𝐟 𝐌𝐀𝐈𝐊 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐤𝐮𝐥 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 / 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐧𝐚𝐤-𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐘𝐚𝐭𝐢𝐦 𝐃𝐢𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐙𝐨𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐉𝐚𝐦𝐞𝐤 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝟏, 𝐉𝐞𝐥𝐢.
Masjid Jamek Sultan Muhammad I, Jeli.
Majlis Penyampaian Bantuan Bulanan Asnaf MAIK dan Agihan Bakul Ramadhan serta Majlis Penyampaian Sumbangan Kebajikan dan Iftar Bersama Anak-anak Yatim Dibawah Zon Masjid Jamek Sultan Muhammad 1, Jeli yang telah disempurnakan oleh 𝗔𝗹-𝗙𝗮𝗱𝗵𝗶𝗹 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗔𝗳𝗶𝗳 𝗔𝗹-𝗛𝗮𝗸𝗶𝗺𝗶 (𝗜𝗺𝗮𝗺 𝗧𝘂𝗮, 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗝𝗮𝗺𝗲𝗸 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝟭, 𝗝𝗲𝗹𝗶).
Seramai 49 orang penerima Bantuan Bulanan Asnaf MAIK dan juga 41 orang anak-anak yatim dibawah zon Masjid Jamek Sultan Muhammad 1 Jeli telah menerima sumbangan tunai dan bakul Ramadhan yang berjumlah keseluruhannya iaitu sebanyak 𝗥𝗠𝟮𝟵,𝟭𝟬𝟬.𝟬𝟬.
Terima kasih diucapkan kepada Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan dan juga para penyumbang yang telah memberi sumbangan untuk program ini. Semoga Allah SWT memberi keberkatan dan ganjaran pahala yang besar buat para penyumbang semua, dan juga semua yang telah menjayakan program ini.