Program Agihan Fidyah MAIK yang dilaksanakan ke sekolah SK SRI WANGI dan SMK TENGKU INDRA PETRA 2
Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, telah selesai Program Agihan Fidyah MAIK yang dilaksanakan ke sekolah SK SRI WANGI dan SMK TENGKU INDRA PETRA 2 pada pagi ini dengan jayanya dan lancar.
Program ini merupakan salah satu inisiatif kebajikan dalam membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya dalam kalangan pelajar dan keluarga mereka. Segala agihan telah disampaikan dengan teratur hasil kerjasama erat antara pihak masjid, pihak sekolah serta para petugas yang terlibat.
Diharapkan bantuan fidyah yang disalurkan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para ibu bapa pelajar bagi menampung keperluan harian serta memberi sedikit kelegaan dalam menjalani kehidupan seharian.
Pihak masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada MAIK, para penyumbang, pihak sekolah, serta semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Semoga segala usaha murni ini diberkati dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT. ![]()
![]()
#AgihanFidyah #MAIK #MasjidJamekRazaleigh #Kebajikan #Prihatin #Berkat