π¦π’πππ§ π¦π¨π‘ππ§ ππ¦π§ππ¦π€π' π ππ¦πππ πππ ππ π πππ π’π’ππ, πππππ’π
Kha, 26-Mac-2026
Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh tertib dan khusyuk Program Solat Sunat Istisqaβ anjuran Masjid Jamek Razaleigh pada pagi ini.
Program ini diadakan sebagai usaha memohon rahmat serta keberkatan daripada Allah SWT agar diturunkan hujan yang membawa manfaat kepada seluruh makhluk. Semoga doa yang dipanjatkan bersama-sama diterima dan dimakbulkan oleh-Nya.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua jemaah yang hadir dan bersama-sama mengimarahkan masjid.
Mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan hujan yang penuh keberkatan serta menjauhkan segala musibah. Aamiin.