Lensa Kuliah Jumaat Terakhir Ramadan 🌙
Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang
Jumaat, 20-Mac-2026, 12:00 tengah hari
Masjid Jamek Razaleigh
Alhamdulillah, telah berlangsung Kuliah Jumaat terakhir di bulan Ramadan di Masjid Jamek Razaleigh dengan kehadiran jemaah yang istiqamah mengimarahkan rumah Allah di penghujung bulan yang penuh keberkatan ini.
Kuliah ini menjadi medan terakhir peringatan dan muhasabah buat kita semua sebelum melangkah ke Syawal, agar segala amalan yang dilaksanakan sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT.
Semoga segala ilmu yang disampaikan menjadi panduan dalam kehidupan serta menyemarakkan lagi semangat untuk terus beribadah walaupun Ramadan bakal meninggalkan kita.
Mudah-mudahan kita dipertemukan lagi dengan Ramadan yang akan datang dalam keadaan iman yang lebih baik.