LENSA PROGRAM KHATAM AL-QURAN Peringkat Masjid Jamek Razaleigh, Bandar Gua Musang, Kelantan
Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang
Selasa, 17-Mac-2026, 8:00 pagi
Masjid Jamek Razaleigh
Alhamdulillah, telah selesai berlangsung Program Khatam Al-Quran peringkat Masjid Jamek Razaleigh pada 27 Ramadan.
Pihak masjid merakamkan jutaan terima kasih kepada semua team tadarus yang telah istiqamah bertadarus di masjid sejak awal Ramadan sehingga berjaya khatam pada 27 Ramadan.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada kelas mengaji masjid serta team tadarus atas sumbangan yang telah disalurkan kepada pihak masjid sebanyak RM2,000.
Semoga segala amalan, pengorbanan dan sumbangan ini diterima oleh Allah SWT serta menjadi asbab keberkatan, rahmat dan ganjaran pahala yang berlipat ganda.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.