𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗜𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗞𝗚 𝗠𝗨𝗝𝗨𝗥, 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧
Masjid Jamek Mahmoodi, Bachok
𝗜𝗦𝗡𝗜𝗡 | 𝟬𝟵 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗜𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗞𝗚 𝗠𝗨𝗝𝗨𝗥, 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧
Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) diwakili al-fadhil Ust Wan Mohd Fikri bin Wan Sani Imam Tua Masjid Jamek Mahmoodi Bachok telah menyantuni keluarga mangsa kebakaran di Kampung Mujur Jelawat yang tular di medan sosial kelmarin dan menyampaikan sumbangan segera berupa wang tunai kepada keluarga mangsa. Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental meninggal dunia dalam kebakaran tersebut yang berlaku kira-kira jam 9 pagi. Mangsa yang berumur 41 ditemui maut di dalam bilik tidurnya selepas dipercayai membakar rumahnya akibat masalah mental. Semoga bantuan yang disampaikan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung dan berharap kesemua mangsa yang terlibat bersabar dengan ujian yang dihadapi.
#maik #masjidjamekmahmoodibachok #kebakaran #bantuanmaik #masjidbachok