LAWATAN YB SENATOR USTAZAH MARHAMAH BINTI ROSLI TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (Hal Ehwal Agama)
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)
27 Ramadan 1447H | 17 Mac 2026
Penyerahan cek cura Sumbangan Bakul Makanan berjumlah RM 100 X 200 Orang
Jumlah keseluruhan: RM 20,000
Penyerahan cek cura Sumbangan Pengimarahan Surau berjumlah RM 5,000 X 10 buah surau
Jumlah keseluruhan: RM 50,000
Kedua-dua cek tersebut diterima oleh YBrs. Ustaz Hairul Azizi bin Mokhtar (Imam Tua Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu) untuk mengagihkannya kepada asnaf dan surau-surau yang berada di bawah mukim Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu.
Lawatan kerja Yang Berhormat Senator Ustazah Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sekaligus memberi sinar bukan hanya buat mereka yang memerlukan, akan tetapi juga ke arah hidupnya pengamalan Islam dalam kalangan masyarakat.
Turut hadir di majlis ini ialah Yang Berhormat Dato’ Biji Sura Dato' Haji Nik Abdul Kadir bin Haji Nik Mohamad (Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu), Yang Amat Berusaha Dr. Hasnan bin Haji Ramli (Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan), Yang Amat Berusaha Puan Yusnita binti Muhamed Yusoff (Pengarah YADIM Kelantan), Yang Berusaha Haji Abdullah Zuhdee bin Ab Halim (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan), Yang Berusaha Haji Abdullah Zuhdee bin Ab Halim (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan), Yang Berusaha Puan Che Nor Azila binti Che Ghani (Pengurus YAPEIM Negeri Kelantan), Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Haji Wazir bin Awang (Penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M).