PROGRAM IHYA’ RAMADAN 10 MALAM AKHIR Masjid Jamek Razaleigh, Bandar Gua Musang
Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang
PROGRAM IHYA’ RAMADAN 10 MALAM AKHIR
Masjid Jamek Razaleigh, Bandar Gua Musang
Dengan penuh sukacita dimaklumkan bahawa pihak masjid akan menganjurkan Program Ihya’ Ramadan bagi menghidupkan 10 malam terakhir yang penuh keberkatan.
Tarikh: 10 malam terakhir Ramadan
Tempat: Masjid Jamek Razaleigh, Bandar Gua Musang
Aturcara Program:
• Qiamullail (Solat Sunat, Zikir dan Munajat)
• Bersahur Berjamaah
Kemudahan:
Makanan sahur disediakan kepada para jemaah yang hadir.
Marilah bersama-sama kita merebut kelebihan 10 malam terakhir Ramadan yang terdapatnya malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
“Barangsiapa yang menghidupkan malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Kehadiran dan penyertaan tuan/puan amatlah dialu-alukan dalam mengimarahkan rumah Allah.