PROGRAM IMARAH RAMADAN 2026 AGIHAN BANTUAN MAKANAN ASAS KELANTAN
Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang
PROGRAM IMARAH RAMADAN 2026
AGIHAN BANTUAN MAKANAN ASAS KELANTAN
Kerjasama Bank Rakyat Bersama Masjid Jamek Razaleigh
Alhamdulillah, Program Imarah Ramadan 2026 – Agihan Bantuan Makanan Asas Kelantan telah berjaya dilaksanakan dengan lancar di Masjid Jamek Razaleigh.
Program ini bertujuan membantu golongan asnaf dan mereka yang memerlukan melalui penyampaian bakul makanan asas sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban penerima, di samping membawa kegembiraan kepada mereka dalam menjalani ibadah Ramadan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Bank Rakyat serta semua pihak yang terlibat dan para penyumbang yang budiman atas sokongan serta keprihatinan yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Semoga segala amal kebajikan ini diberkati dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT.