Sumbangan untuk Program Berbuka Puasa kepada Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu 1447H/2026
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid negeri Kelantan)
Sehingga 21 Ramadan 1447H, sebanyak 40,000 bungkus nasi dan gelas air minum telah disediakan kepada para pengunjung yang hadir untuk berbuka puasa di Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu.Jika kos sehidangan adalah RM5.00, darablah dengan bilangan bungkus di atas, maka itulah jumlah yang ditanggung bersama oleh pihak Masjid, Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan dan juga sumbangan daripada Kerajaan Negeri, korporat, swasta serta orang ramai.Terima kasih semua yang memberi bukan hanya wang ringgit, tetapi juga masa dan tenaga daripada para sukarelawan.
Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu (Masjid Negeri Kelantan) membuka peluang kepada orang ramai melaksanakan tajaan sempena Program Ihya Ramadan 1447H/2026.
Sumbangan boleh dibuat melalui; Bank Muamalat (M) Bhd (JK Masjid Muhammadi KB 03010006364719) atau scan QR Code yang tertera di poster hebahan.