IFTAR HARIAN DI MASJID JAMEK RAZALEIGH

Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang

#
Selasa, 10-Mac-2026, 7:00 malam
Masjid Jamek Razaleigh

LENSA IFTAR

Malam ke-16 Ramadan 1447H

Alhamdulillah, suasana berbuka puasa bersama para jemaah berlangsung dengan penuh keberkatan dan ukhuwah.

Semoga setiap hidangan yang dikongsi menjadi asbab pahala, mengeratkan silaturahim serta menambahkan keberkatan di bulan Ramadan yang mulia ini.

Terima kasih kepada semua penyumbang, sukarelawan dan para jemaah yang hadir memeriahkan majlis berbuka puasa pada malam ini.

“Sesungguhnya orang yang memberi makan kepada orang yang berpuasa akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu.”

(Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Semoga segala amal kebajikan diterima oleh Allah SWT. 🤲🌙

Top