Program Jamuan Moreh Colek yang diadakan selepas Solat Sunat Terawih di Masjid Jamek Razaleigh.
Masjid Jamek Razaleigh, Gua Musang
Rabu, 4-Mac-2026, 10:00 malam
Masjid Jamek Razaleigh
Alhamdulillah, telah berlangsung Program Jamuan Moreh Colek yang diadakan selepas Solat Sunat Terawih di Masjid Jamek Razaleigh.
Program ini diadakan bagi mengeratkan lagi ukhuwah silaturrahim antara jemaah, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Juadah moreh seperti colek dan hidangan ringan telah disediakan untuk para jemaah yang hadir.
Semoga program seperti ini dapat terus menyemarakkan suasana Ramadan di masjid serta menggalakkan masyarakat untuk terus mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat.
Terima kasih kepada semua AJK masjid, sukarelawan dan para penyumbang yang telah menjayakan program ini.