MAJLIS KHATAM AL-QURAN MUSLIMAT

Masjid Jamek Annur Guchil, Kuala Krai

#
Rabu, 11-Februari-2026, 8:00 pagi
KUALA KRAI

Pada hari yang penuh keberkatan, telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran Muslimat di Masjid Jamek An-Nur Guchil dengan jayanya. Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran atas kejayaan para muslimat menamatkan bacaan Al-Quran.


Majlis yang penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh Imam Tua yang dihormati, Al-Fadil Ustaz Abdullah bin Ismail. Kehadiran dan perasmian beliau telah menambah seri serta keberkatan majlis tersebut.


Pihak penganjur juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ustazah Mariati binti Ismail atas usaha gigih beliau membimbing serta mendidik para muslimat sehingga berjaya menamatkan bacaan Al-Quran dengan sempurna. Dedikasi dan komitmen beliau amat dihargai dan menjadi inspirasi kepada semua yang terlibat.

Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menggalakkan masyarakat, khususnya golongan muslimat, untuk terus mendalami dan mencintai Al-Quran.

Top